MELAYU PULAU PINANG PERLU BANGKIT UNTUK BERUBAH, MASA TIDAK MENUNGGU KITA

Thursday, April 1, 2010

Lagi kampung Melayu di Binjai akan lenyap!

Difahamkan sebanyak 45 buah rumah di Kampung Binjai, Bayan Lepas, Pulau Pinang akan diroboh oleh pemaju untuk dibina dengan rumah sesebuah 3 tingkat dan rumah berkembar 3 tingkat. Sudah tentu rumah sebesar ini tidak akan mampu dibeli oleh orang-orang Melayu di Kampung Binjai itu sendiri. Inilah nasib sebuah kampung 99% orang-orang Melayu terpaksa keluar oleh kerana pembangunan 'pembersihan' orang-orang Melayu secara perlahan-lahan oleh kerajaan Lim Guan Eng.
Semasa pentadbiran BN dulu, kelulusan projek perumahan di kawasan Daerah Barat Daya dibekukan dan diperlahankan oleh kerana jalan besar tidak mampu menampung kapasiti kereta yang semakin bertambah. Tapi kerajaan negeri DAP-PKR-PAS tidak memikirkan tentang masalah itu. Itu masalah rakyat. Rakyat boleh fikir sendiri untuk mengatasi kesesakan jalan raya. Hanya dalam tempoh dua tahun, kerajaan negeri LGE memerintah pertumbuhan projek perumahan ibarat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Bukit bukau ditarah dan kampung-kampung dihalau untuk digantikan dengan rumah batu bertingkat-tingkat. Orang Melayu hanya boleh memerhatikannya sahaja. Orang Melayu tidak mampu beli. Kampung orang Melayu kian lama kian hilang dihilangkan oleh kerajaan DAP-PKR-PAS. Masa kempen pilihanraya dulu, pemimpin UMNO/BN dikritik dan dikutuk. Ditambah lagi dakwaan pemimpin UMNO/BN amat kejam merampas harta rakyat. Ramai cendiakawan dan pemerhati politik yang bebas, mengiyakan bahawasanya kemenangan parti pembangkang terutamanya PAS dan PKR dalam pilihanraya yang lalu kerana kemampuan mereka menyakinkan rakyat untuk mempercayai fitnah yang mereka taburkan. Betapa bahayanya politik di Malaysia, jika sesuatu parti itu menang kerana fitnah. Fikirlah sendiri nasib orang Melayu yang rata-rata beragama Islam di Pulau Pinang untuk 5 tahun yang akan datang.

Saturday, January 30, 2010


Biadap! Itulah perkataan yang wajar dilemparkan kepada pelakunya. Kenapa jadi begini? Budak-budak sekolah tak akan buat begini. Ini kerja golongan dah dewasa tapi belum matang. Malu kepada pelancong asing atau orang luar yang berkunjung ke Pantai Tanjung Assam. Cuba lihat dua gambar di atas, pasti anda tahu kerja buruk ini perbuatan siapa? Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk menyediakan kemudahan asas seperti tangga konkrit bertingkat dan pondok-pondok rihat. Pondok rihat tidak dirosakkan kerana tidak ada lambang Kerajaan Persekutuan di situ. Tapi papan-papan tanda yang ada lambang Kerajaan Persekutuan semuanya dipadamkan dan satu papan tanda sahaja tertinggal untuk dilihat dan diadili oleh orang ramai yang berkunjung di situ. Itu kerja siapa? Harap kerajaan negeri sudah pasti cuma mampu menyediakan khidmat sapu/bersih pantai sahaja. Jika benci kepada kerajaan persekutuan sekali pun kenapa papan tanda yang jadi mangsa? Apakah jika kerajaan lain yang memerintah Kerajaan Persekutuan akan menggantikan lambang itu dengan lambang babi? Tentu jawabnya tidak. Lihatlah vandalisme yang dilakukan oleh penyokong/ahli parti pembangkang yang nakal.