MELAYU PULAU PINANG PERLU BANGKIT UNTUK BERUBAH, MASA TIDAK MENUNGGU KITA

Thursday, April 1, 2010

Lagi kampung Melayu di Binjai akan lenyap!

Difahamkan sebanyak 45 buah rumah di Kampung Binjai, Bayan Lepas, Pulau Pinang akan diroboh oleh pemaju untuk dibina dengan rumah sesebuah 3 tingkat dan rumah berkembar 3 tingkat. Sudah tentu rumah sebesar ini tidak akan mampu dibeli oleh orang-orang Melayu di Kampung Binjai itu sendiri. Inilah nasib sebuah kampung 99% orang-orang Melayu terpaksa keluar oleh kerana pembangunan 'pembersihan' orang-orang Melayu secara perlahan-lahan oleh kerajaan Lim Guan Eng.
Semasa pentadbiran BN dulu, kelulusan projek perumahan di kawasan Daerah Barat Daya dibekukan dan diperlahankan oleh kerana jalan besar tidak mampu menampung kapasiti kereta yang semakin bertambah. Tapi kerajaan negeri DAP-PKR-PAS tidak memikirkan tentang masalah itu. Itu masalah rakyat. Rakyat boleh fikir sendiri untuk mengatasi kesesakan jalan raya. Hanya dalam tempoh dua tahun, kerajaan negeri LGE memerintah pertumbuhan projek perumahan ibarat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Bukit bukau ditarah dan kampung-kampung dihalau untuk digantikan dengan rumah batu bertingkat-tingkat. Orang Melayu hanya boleh memerhatikannya sahaja. Orang Melayu tidak mampu beli. Kampung orang Melayu kian lama kian hilang dihilangkan oleh kerajaan DAP-PKR-PAS. Masa kempen pilihanraya dulu, pemimpin UMNO/BN dikritik dan dikutuk. Ditambah lagi dakwaan pemimpin UMNO/BN amat kejam merampas harta rakyat. Ramai cendiakawan dan pemerhati politik yang bebas, mengiyakan bahawasanya kemenangan parti pembangkang terutamanya PAS dan PKR dalam pilihanraya yang lalu kerana kemampuan mereka menyakinkan rakyat untuk mempercayai fitnah yang mereka taburkan. Betapa bahayanya politik di Malaysia, jika sesuatu parti itu menang kerana fitnah. Fikirlah sendiri nasib orang Melayu yang rata-rata beragama Islam di Pulau Pinang untuk 5 tahun yang akan datang.

4 comments:

Anonymous said...

Habislaa kampung melayu di balik pulau. pulau pinang akan jadi singapore kedua tak lama lagi. Pas dan pkr perlu bertanggungjawab...

Anonymous said...

Salam Tuan Rumah,
Kerajaan BN dulu perintah purata setahun 5 projek saja,Kerajaan PR la ni ganas sungguh dua tahun perintah
dah 55 projek,purata 27.5 projek.Kebanyakan projek ni semua nya orang melayu tak mampu beli.
rujuk link ini.
http://www.penangwatch.net/node/3389

Anonymous said...

PAKATAN RAKYAT SEKARANG DOK SOGOT PENGUNDI SALURAN SATU RM100 SETAHUN. YANG KERJAAN PERSEKUTUAN DOK BANTU RUMAH, DOK BAGI DUIT KEBAJIKAN DEPA TAK NAMPAK. SEBULAN RM300 LAGI. PAYAH BETUI LA ORANG KITA PECAYA LAGI PADA CINA.

Anonymous said...

melayu balik pulau ni memmag perkauman ke.hangpa tau tak hangpa tu banyak keje ngan cina.ada otak pakai la.yang ikut parti umno perkuaman tu wat apa.hangpa ingat masa mati sok malaikat tanya apa kaum hangpa ka.dia tanya apa agama hangpa ada la.akai ada ka.jangan jadi bangsa taksub.jangan jadi bodoh la melayu balik pulau hidup apa tak kekal lama .hangpa gak jual tanah kat cina sebab nak duit.leppas depa bangun kan kawasan tu apa salah depa lak.jangan bagi malu kaum kita la.Allah bagi akai untuk guna bukan untuk megampu.ni tak sikit2 minta bantuan.bumbung pun nak minta bantuan keraajan ke.astro n handfon mahal2 leh beli.jangan bagi melayu kita la.kat kong si tu beli no ekor ada lak duit,lepak kedai ada lak duit.anak2 hangpa main games kat cybercafe ada lak duit,nak tukar bumbung umah minta bantuan kerajaan.buka la mata wahai melayu.jangan duk bawah tempurung la oi....

anak melayu balik pulau..