MELAYU PULAU PINANG PERLU BANGKIT UNTUK BERUBAH, MASA TIDAK MENUNGGU KITA

Thursday, April 1, 2010

Lagi kampung Melayu di Binjai akan lenyap!

Difahamkan sebanyak 45 buah rumah di Kampung Binjai, Bayan Lepas, Pulau Pinang akan diroboh oleh pemaju untuk dibina dengan rumah sesebuah 3 tingkat dan rumah berkembar 3 tingkat. Sudah tentu rumah sebesar ini tidak akan mampu dibeli oleh orang-orang Melayu di Kampung Binjai itu sendiri. Inilah nasib sebuah kampung 99% orang-orang Melayu terpaksa keluar oleh kerana pembangunan 'pembersihan' orang-orang Melayu secara perlahan-lahan oleh kerajaan Lim Guan Eng.
Semasa pentadbiran BN dulu, kelulusan projek perumahan di kawasan Daerah Barat Daya dibekukan dan diperlahankan oleh kerana jalan besar tidak mampu menampung kapasiti kereta yang semakin bertambah. Tapi kerajaan negeri DAP-PKR-PAS tidak memikirkan tentang masalah itu. Itu masalah rakyat. Rakyat boleh fikir sendiri untuk mengatasi kesesakan jalan raya. Hanya dalam tempoh dua tahun, kerajaan negeri LGE memerintah pertumbuhan projek perumahan ibarat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Bukit bukau ditarah dan kampung-kampung dihalau untuk digantikan dengan rumah batu bertingkat-tingkat. Orang Melayu hanya boleh memerhatikannya sahaja. Orang Melayu tidak mampu beli. Kampung orang Melayu kian lama kian hilang dihilangkan oleh kerajaan DAP-PKR-PAS. Masa kempen pilihanraya dulu, pemimpin UMNO/BN dikritik dan dikutuk. Ditambah lagi dakwaan pemimpin UMNO/BN amat kejam merampas harta rakyat. Ramai cendiakawan dan pemerhati politik yang bebas, mengiyakan bahawasanya kemenangan parti pembangkang terutamanya PAS dan PKR dalam pilihanraya yang lalu kerana kemampuan mereka menyakinkan rakyat untuk mempercayai fitnah yang mereka taburkan. Betapa bahayanya politik di Malaysia, jika sesuatu parti itu menang kerana fitnah. Fikirlah sendiri nasib orang Melayu yang rata-rata beragama Islam di Pulau Pinang untuk 5 tahun yang akan datang.