MELAYU PULAU PINANG PERLU BANGKIT UNTUK BERUBAH, MASA TIDAK MENUNGGU KITA

Monday, September 21, 2009

RUMAH TERBUKA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Hari ini, wakil rakyat Telok Bahang, Dato' Seri Dr. Hilmi Yahaya dan Speaker DUN, Abdul Halim Hussain telah mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh masa yang sama tetapi tempat tidak berapa jauh di antara satu sama lain. Rumah Terbuka Speaker DUN Pulau Pinang diadakan di Kompleks Sukan Balik Pulau yang besar, luas dan amat selesa. Sebaliknya DS Dr. Hilmi Yahaya mengadakannya di perkarangan rumahnya yang agak luas tetapi tidak selesa. Kehadiran tetamu dapat dilihat dengan barisan kereta yang diletak di sebelah kiri dan kanan jalan raya. Sepintas lalu, kehadiran tetamu DS Dr. Hilmi Yahaya lebih ramai pada tahun ini jika dibandingkan dengan tahun sebelum ini.
Sempat memasukki perkarangan tempat letak kereta Kompleks Sukan Balik Pulau kira-kira jam 12.15 tengahari. Kelihatan masih banyak tempat-tempat letak kereta yang kosong termasuk di bahagian belakang dan kanan kompleks. Tiada kenderaan yang melimpah keluar kawasan kompleks, tiada kenderaan yang didapati diletakkan hingga di hadapan SK Balik Pulau seperti dapat kita lihat semasa DS Dr Hilmi mengadakan Rumah Terbuka kira-kira tiga tahun yang lalu. Mungkin tidak adil jika ini dijadikan ukuran kerana DS Hilmi adalah ahli parlimen Balik Pulau merangkap Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan pada masa itu. Rumah Terbuka itu pula diadakan secara bersama dengan YB Farid (DUN Pulau Betong) dan mantan ADUN Telok Bahang, Faridah Arshad.
Berdasarkan kehadiran tetamu yang begitu ramai pada hari ini, DS Hilmi selaku Ketua Bahagian UMNO Balik Pulau akan merasakan sedikit lega kerana selaku wakil rakyat pembangkang di Pulau Pinang, sokongan rakyat pelbagai kaum masih kuat dan bertambah baik. Namun begitu Speaker DUN Pulau Pinang, Abdul Halim Hussain tidak sepatutnya merasa resah kerana beliau masih baru dan jumlah kehadiran tetamunya pada hari ini boleh dianggap sudah cukup baik.

3 comments:

Anonymous said...

Duit raya tahun ini cukup baik utk orng miskin sebab kedua-dua pihak merebut beri duit raya.

pesara kerajaan said...

Tapi ada sebuah parti pembangkang terima bantuan daripada sebuah pertubuhan tapi bila serah kepada keluarga miskin memaklumkan bahawa pemberian itu daripada parti. Apa ni pakejnya sama, ada beras, gula, milo tapi sebuah parti lagi memaklumkan bahawa pemberian tersebut daripada sebuah pertubuhan sekian-sekian. Jadi saya haraplah jangan buat lagi macam tu. Nak berpolitik pun biarlah berpada-berpada. Jangan keterlaluan, rakyat dah jadi meluat. Semua perkara kerja kebajikan pun nak dipolitikkan.

Tertipu said...

Rakyat mulai kembali penyokong BN, dah sedar.