MELAYU PULAU PINANG PERLU BANGKIT UNTUK BERUBAH, MASA TIDAK MENUNGGU KITA

Thursday, December 10, 2009

Apa jadi rumah mampu milik Teluk Kumbar Heights?

TAPAK untuk projek Teluk Kumbar Heights, Pulau Pinang, asalnya kepunyaan orang Melayu yang dijual kepada Perumahan Negara dengan tujuan menyediakan perumahan untuk rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah.

Pecah tanah telah dilakukan oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, beberapa hari sebelum pilihan raya umum 2004.

Mereka yang mendaftar melalui Pejabat Perumahan Negeri untuk rumah pangsa kos rendah, kebanyakkannya bumiputera, telah menerima tawaran. Southdowns Corporation Sdn. Bhd. selaku pemaju telah menawarkan rumah pangsa kos rendah kepada pembeli yang berjaya melalui surat bertarikh 28 April 2007 dengan meminta bayaran RM1,000 sebagai bayaran pendahuluan.

Surat pemaju bertarikh 8 September 2007 mengarahkan pembeli bayar RM2,500 sebagai bayaran penuh 10 peratus. Selepas itu, kami boleh nampak pembinaan rumah kos tinggi seperti teres dua tingkat dibangunkan di sebelah atas bukit dengan rancaknya.

Tiba-tiba pembeli rumah pangsa kos rendah dikejutkan dengan surat daripada pemaju bertarikh 19 Oktober 2009 mengarahkan pembeli pergi ke pejabat tapak untuk mengambil kembali wang RM3,500. Ini kerana rumah kos rendah telah dibatalkan, seterusnya menjanjikan mereka akan ditawarkan semula sekiranya rumah kos rendah dilancarkan semula.

Kalau wang 10 peratus sudah dikembalikan, adakah rumah kos rendah tersebut akan dilancarkan semula? Walau bagaimanapun projek rumah kos tinggi rancak diteruskan.

Persoalannya bolehkah atau apa implikasinya daripada segi undang-undang perkara ini berlaku selepas pembeli sudah pun menandatangani surat perjanjian sewa beli pada 20 September 2007?

Syarat sesuatu projek diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mesti ada 30 peratus rumah kos rendah. Mustahil MPPP tidak mengetahui perkara ini.

Saya selaku waris kepada salah seorang pembeli merayu kepada semua pembeli rumah kos rendah tidak mengambil balik wang 10 peratus tersebut sehingga kita jelas dengan keadaan sebenar. Saya memohon kepada mereka yang bertanggungjawab membetulkan keadaan ini dan bertindak segera.


Teluk Kumbar, Pulau Pinang

2 comments:

Anonymous said...

saya ada beli rumah 2 tingkat di teluk kumbar heights. tak tau pulak asalnya untuk rumah kos rendah. sekarang bukan southdown corporation lagi.rasanya masa saya beli dulu TPPT sudah ambik alih. tapi masa tu pun awal tahun 2007. harga rm 225,000. sekarang phase kedua dilancarkan pada 2009, dengan harga rm 580,000. kalau begitu, mana company southdowns. pihak berkuasa tempatan tak carik mereka ke?

Anonymous said...

tanah ni dulu milik siapa.. tolong tanya sat.... kaya dah orang tu... dok gelak terkekeh.. kesana dan kesini.. dok janji mcm2 kat rakyat... tolongsiasat sat... layak ka dia n dok kat situ la ni......