MELAYU PULAU PINANG PERLU BANGKIT UNTUK BERUBAH, MASA TIDAK MENUNGGU KITA

Monday, November 30, 2009

PASAR MALAM BEROPERASI SEBELUM SEKOLAH DIBUKA!





Belum pun sekolah beroperasi, Pasar Malam Kg. Seronok telah pun bertapak di laluan masuk ke Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya pun difahamkan tidak dimaklumkan tentang pasar malam tersebut. Beberapa orang penduduk di situ melahirkan rasa kurang senang dengan kewujudan pasar malam di jalan masuk ke kawasan sekolah. Sudah pasti nanti akan timbul banyak masalah yang akan wujud dengan adanya pasar malam di situ. Bagaimana pihak MPPP boleh benarkan pasar malam beroperasi di situ? Apakah pihak penganjur, JKKK Kg. Seronok telah memperolehi kebenaran dari Jabatan Pelajaran atau penduduk-penduduk di kawasan tersebut bagi tujuan mengadakan Pasar Malam di kawasan tersebut? Pihak penganjur perlu mendapatkan pandangan semua pihak terutama penduduk di kawasan kampung yang berhampiran dan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang kerana ianya (Pasar Malam) pasti akan menjejaskan hak dan kepentingan orang ramai di kawasan itu.

4 comments:

Anonymous said...

Apa dah nak jadi. Sekolah dah jadi laluan pasar malam!

Anonymous said...

Pasar malam itu dianjurkan oleh JKKKN bukan JKKKP Kg. Seronok. Jangan pentingkan diri sendiri, keselesaan ibu bapa, guru-guru dan murid-murid nak pergi dan balik ke sekolah lebih penting!

Anonymous said...

JKKKN ni kekadang cakap x serupa bikin.. mereka ni tergolong dalam orang yang mcm x pernah dapat pangkat.. bila dapat saja.. huh mcm2 depa nak buat.. mcm pandai.. kesudahannnya.. jadi mcm di KONGSI.. pasar malam (Jumaat) penuh dengan cina ja.. melayu adala 3/4 orang...

Anonymous said...

ya la..susah ibu bapa nak hantar anak2 pergi dan balik sekolah...SK. Bayan Lepas 2 ada kelas malam ker?...orang melayu susah nak berniaga sebab orang melayu x beli pun kat melayu...kedai cina juga depa pi...walaupun buka kedai produk halal..tak teringin pun orang melayu ISLAM nak pi tengok...Macam mana melayu nak maju kalau kedai semua mahal sewanya..2007 saya nak sewa kedai perda...dah penuh..sewanya 500 jer...tapi 1-2 ja yg buka ..penuh apa...tup-tup ada org lain dapat...sewa naik sampai 1500...kalau dah beli pun takkan naik cam tu sekali....