MELAYU PULAU PINANG PERLU BANGKIT UNTUK BERUBAH, MASA TIDAK MENUNGGU KITA

Wednesday, August 26, 2009

Penganjur Pasar Malam Teluk Kumbar Pentingkan Untung!

Pasar malam di Teluk Kumbar pada setiap hari selasa telah berpindah di tempat baru kira-kira sebulan yang lalu. Bertempat di kawasan Bandar Baru Teluk Kumbar meliputi laluan-laluan di sekeliling bangunan kedai dua tingkat hingga ke jalan utama. Begitu banyak lot-lot niaga dan banyak jugalah kutipan caj yang boleh dipungut oleh pihak penganjur, JKKK Teluk Kumbar. Dalam usaha mengaut keuntungan pihak penganjur perlu juga memikirkan hak pengguna lain yang mempunyai urusan di kawasan itu.
Ramai ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke Pusat Tuisyen tidak boleh memasuki ke hadapan Pusat Tuisyen kerana jalan di hadapan itu dipenuhi juga dengan gerai-gerai pasar malam. Malah menyusahkan lagi bila waktu musim hujan kenderaan menjadi lebih banyak dan kawasan laluan hadapan Pusat Tusyen menjadi terlalu sesak dan sibuk. Pernah berlaku pelanggaran kecil tetapi tidak menyebabkan kecederaan yang serius di situ.
Pihak penganjur perlu menghadkan lot-lot niaga. Jangan pentingkan keuntungan, ingatlah bahawa pengguna-pengguna dan peniaga-peniaga serta pemilik-pemilik premis di situ juga mempunyai hak untuk keselesaan dan keselamatan. Laluan di sebelah belakang bangunan kedai itu perlu dikosongkan supaya memudahkan kenderaan ke kedai-kedai, pusat tuisyen juga pasar malam boleh masuk dan keluar dari laluan itu dengan mudah dan selamat. Buatlah kajian kesesuaian tempat tersebut sebelum pihak penganjur mengadakan lot-lot pasar malam di situ. Jangan kerana mengautkan keuntungan rakyat pula jadi susah. Ingatlah "1 Malaysia: Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan".

4 comments:

Mahu Kejujuran said...

JKKK(N) Teluk Kumbar di bawah pentadbiran CAT diketuai oleh Ustad Lim Guan Eng. Mereka mauu masuuuuuk saja. Masalah orang lain lu fikirlah sendiri!

anti putar belit said...

Wakil Rakyat DUN Bayan Lepas telah buat bantahan kepada YDP MPPP tetapi tidak dilayan. Nasib kita tidak dilayan lagi. Tahniah kerajaan pakatan rakyat.

Anonymous said...

Bayan Lepas pun sama nak balik kerja pun susah.

Anonymous said...

Gerai-gerai di tepi jalan terutama di kawasan Bandar Baru Telok Kumbar naik macam cendawan. Macam-macam bentuk gerai, amat kotor akan jadi bandar yang menjijikkan pandangan. Nak jadi seperti di Indonesia. Pakatan Rakyat untuk rakyat jadi buatlah apa yang rakyat suka. Kerajaan negeri prihatin dengan masalah rakyat. Hidup rakyat!!