MELAYU PULAU PINANG PERLU BANGKIT UNTUK BERUBAH, MASA TIDAK MENUNGGU KITA

Monday, August 24, 2009

Ramai Pelajar Melayu Ponteng Sekolah!

Kawasan Kompleks Bukit Jambul (KBJ) telah menjadi tumpuan pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah dari Daerah Barat Daya. Baru-baru ini pihak pengurusan KBJ telah mengadakan perjumpaan dengan pihak Polis dan Pejabat Pelajaran Daerah untuk mencari jalan menangani masalah tersebut. Pihak pengurusan KBJ melaporkan bahawa pelajar-pelajar tidak segan silu berdua-duaan dan bercumbu-cumbuan, merokok serta mengganggu orang ramai yang mengunjungi kompleks. Di situ juga menjadi tempat pelajar-pelajar yang ponteng sekolah melepak dan menghabiskan masa dalam siber cafe berhampiran hingga tamat waktu persekolahan. Ibu bapa perlu beri perhatian tentang pergerakan anak-anak. Pihak Pejabat Pelajaran serta pihak polis dijangka akan membuat rondaan dari masa ke semasa supaya kejadian ponteng sekolah dan masalah sosial di kalangan remaja kita dapat ditangani.

2 comments:

Anonymous said...

Anak Melayu kita yang ramai. Anak Cina tak begitu. Orang Melayu begitulah suka hiburan!

Anti Gejala Sosial said...

Pemimpin-pemimpin Melayu dok buat apa? Carilah jalan untuk mengatasi masalah itu.