MELAYU PULAU PINANG PERLU BANGKIT UNTUK BERUBAH, MASA TIDAK MENUNGGU KITA

Monday, August 24, 2009

Tuan Punya Gerai Sakit Kepala dan Sakit Hati!!!!

Hampir kebanyakan peniaga-peniaga di kawasan Telok Kumbar dan Sungai Batu telah menerima notis untuk merobohkan gerai. Tindakan oleh pihak berkuasa tempatan telah menyebabkan peniaga-peniaga sakit kepala. Itulah punca utama pendapatan kepada peniaga-peniaga berkenaan dan mereka akan kehilangan punca pendapatan jika tindakan meroboh diteruskan. Ada di antara mereka yang telah membelanjakan ribuan ringgit.
Seorang peniaga melaporkan bahawa dia telah membelanjakan beribu ringgit untuk gerai yang baru dibina. Setelah diberhentikan kerja, wang pampasan digunakan untuk memulakan perniagaan tiba-tiba notis untuk merobohkan gerai amat mengecewakan. Beliau berharap pihak berkuasa menangguhkan tindakan meroboh kerana dalam keadaan ekonomi negara yang masih belum stabil, inilah peluang kerja yang ada. Kebanyakan peniaga melahirkan rasa kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang tidak bertimbang rasa kepada peniaga-peniaga kecil umpama 'kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang'. "Mengapakah kerajaan BN dahulu tidak sedemikian?", kata mereka. Dan apakah kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat ada maksud tersirat di sebalik notis berkenaan?.

2 comments:

Anonymous said...

Mohon YB PKR bantulah..

Anonymous said...

Ini semua kerja ahli majlis orang Melayu sendiri yang tinggal di TK, bukan orang lain. Baru jadi ahli majlis dah tunjuk kuasa. Pengkhianat bangsa sendiri.